Please Be My Baby
Chapter II - Be Mine
Saturday 14 January 2012 | 18:39 | 0 comments

" Apa lagi tercongok dekat situ , tolonglahh ! " Kedengaran suara lelaki yang terduduk dibahagian sisi kiri belakang kereta Krystal . Badannya disandarkan pada beg sandang biru merah yang kelihatan sarat berisi . Di leher lelaki itu pula tergantung sebuah kamera video .

Krystal memandang kiri kanan depan belakang cuba mencari sesiapa yang boleh membantunya . Badannya menggeletar ketakutan , wajahnya yang sebelum ini putih melepak , kemerahan , panas mengalir darah yang menyirap ketakutan .

" Cik kak ,awak nak biarkan saya mati dekat sini ke ? " Lelaki itu mula panas baran apabila melihat Krystal melilau-lilau memerhati sekeliling .

Krystal terkejut lalu mula melangkah mendekati lelaki tersebut . Wajah lelaki itu kemerahan , berkerut menahan sakit , topi merah SGX yang dipakainya telah lencun dek peluh .


Krystal melutut , dia masih tidak tahu harus berbuat apa . Tangannya teragak-agak mahu memegang lelak tersebut , bimbang diherdik lagi .

Anak mata lelaki itu memerhati gelagat Krystal yang kacau . Timbul rasa kesal kerana meninggikan suara tadi . Yang jelas , pada pandangannya kini , gadis muda dihadapannya benar-benar terkejut . This month be her first car crash and my third .... for this year alone ! fuhh , that's a record . What am I ? a car crash magnet ? 

Suwey betul ! . Matanya beralih pula pada Audi yang tersadai ditengah-tengah parking tersebut , logo P putih merah jelas terpampang .

Patutlah , fikirnya lagi . Dia mencari akal untuk menjernihkan suasana . Lagipun dia tidak mahu terus-terusan duduk di tar panas dengan luka yang sudah mula menyengat .

Tatkala itu , dia terpandang pada telefon ditangan kanan Krystal , lalu mengeleng bengang . 

Sabar .. sabar . Macam nilah rakyat Korea , susah sah-sah undang-undang kata tak boleh bertelefon semasa memandu .

Sekarang menyusahkan aku ! Aku duduk England dulu tak pernah kena macam ni . Dia merungut di dalam hati .






Older Post | Newer Post
The Boss


Facebook | Twitter
Annyeong and Assalamualaikum ! Nice to know you!
We love Kpop forever!!!
Thank you^^

Sweety ♥ Pie


Click Click

About Fanfics Diaries


Tagboard




My Lullaby


Credits


Template Designer: Aien
Editor: Nana Euphemia